Trend Generasi Terkini...

My life. Alamku. Hidupku. Duniaku. Diriku. Suka tak suka, di sinilah aku meluahkan semuanya. Read on. this world is small. WHATEVER U SEE HERE, STAYS HERE!!

Name:
Location: Woodlands, Singapore

1990. Leo.
NYP (SBM)
Attached to outdoors, sports, nature & photography :)
NYP ADC is loved.

Thursday, November 02, 2006

setelah sekian lama aku menghilang, kini aku kembali hanya utk megisi ruang.

kehidupan seharianku kini begitu tertekan sekali. apakan tidak, peperiksaan nasionalku hanya tinggal beberapa hari lagi. persediaan akan sentiasa tidak mencukupi. alangkah leganya diri ini seandanya dunia ini diberi masa lebih dari 24 jam.

apa agaknya khabar para sahabatku?? Hmm...kini telah lebih dua minggu semenjak kami bersua muka. adakah mereka sedang sibuk menelaah pelajaran ataupun.......... ah! biarkanlah mereka. tentu mereka memerlukan ruang sendiri utk berjuang. *ceh..*

Syawal tahun ini disambut dgn begitu sederhana buatku. hanya pada hari pertama aku keluar berziarah. Sedih juga jika dikenangkan nasib diriku ini. Namun, kehadiran para 'anak buah'ku tempoh hari, amat menceriakan diriku. Sekurang-kurangnya ada juga insan yg berhati mulia yg ingat pada diriku ini.

Baiklah, sampai di sini sahaja suratan ku pada kali ini. Oh ya! Hampir aku lupa....

Selamat Hari Raya 'Idulfitri kpd sekelian kenalanku
ku susun sepuluh jari memohon maaf
atas kesilapanku selama perkenalan kami
harap gurauan, sindiran dan tutur kata yg barang kali telah menyinggung perasaan anda
dapat dimaafkan.
Makan minum juga dapat dihalalkan ya?...

=))

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home