Trend Generasi Terkini...

My life. Alamku. Hidupku. Duniaku. Diriku. Suka tak suka, di sinilah aku meluahkan semuanya. Read on. this world is small. WHATEVER U SEE HERE, STAYS HERE!!

Name:
Location: Woodlands, Singapore

1990. Leo.
NYP (SBM)
Attached to outdoors, sports, nature & photography :)
NYP ADC is loved.

Sunday, July 16, 2006

people come n people go. WHEN?? is the question we can never ans.

Seorang pelawak telah pun pergi menghadap Ilahi. Tiada sesiapa yg tahu penyakit yg dihadapi nya selama ini. Hanya Tuhan yg tahu. Beliau pergi tika mencari mata pencarian buat keluarga tersayang. Sayang, tiada seorang pun ahli keluarganya yg berada di sisi Allahyarham Ishak Ahmat di saat beliau menghembus kn nafas nya yg terakhir.

Pengasas Pustaka Nasional, Allahyarham Syed Ahmad Semait, yang juga merupakan abang kepada Mufti Negara Syad Isa Semait, kini juga berada di sisi Allah. Beliau pergi ketika dlm perjalanan utk berkongi ilmu. Aneh. Meninggal apabila kereta yg dinaikinya terbabas apabila terlanggar babi hutan. Hmm....Tuhan yg menentukan cara kematiannya.

Seorang penuntut ITE meninggal setelah beberapa hari di dalam koma. Akibatnya?? Pengsan ketika melakukan aktiviti memanaskn badan(warm up). Aktif dalam sukan. Tapi pengsan? Hmm...hanya Tuhan yg tahu.

Kegiatan yg amat aku gemari merupakan aktiviti yg membawa maut buat seorang pelajar. Penat aku mendengar leteran nyai dan ibuku agar sentiasa berwaspada apabila berbasikal di Pulau Ubin. Aku hanya mengambil ringan perihal keselamatan ku. Kini aku sedar mengapa mereka sentiasa berkelakuan sedemikian. Itu merupakan lawatan yg pertama buat pelajar perempuan yg menemui ajalnya ketika jatuh berbasikal di Pulau Ubin. Haiish....

Suria Segar telah pun memaklumkn pemergian seorang lagi pelakon masa lampau. Ayah kepada pelakon Azhar Norlesta.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan pancaroba. Haruslah kita hadapi semua ini dengan hati yg tabah. Semoga ahli keluarga kepada insan2 yg telah pergi menghadap Ilahi redha dan tabah dengan pemergian ahli keluarga mereka dan akan menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmatNya dan digolongkn di kalangan orang2 yg beriman. Insyallah. Amin.






-1 more week- to me turning a year older.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home